AJK PEPTEJ 88

Pengerusi : En Zulkifli b Daud
Setiausaaha : En Noordin b Mohd Noor
Bendahari : En Nawawi b Sulaiman

AJK
Kamaruddin Abu Bakar
Mohd Rashid Abdul Malek
Abdul Karim Ahmad
Azizul Ali
Rosli Rashid
Mohamaddan Osman
Norafizah Abdul Razak

PAPAN KENYATAAN

Jumaat, Januari 23, 2009

Selamat Bercuti

Rasanya baru sangat sekolah bermula....tup2 dah bercuti pulak. Ke mana nak plan masa cuti nanti. Pasti dah ada rancangan nak bawa anak2 balik kampung ataupun bercuti ke destinasi pilihan. Sekolah kami cuti hingga hari rabu...panjang juga tu. Baru bercadang nak ke tempat sejuk sikit...maklumlah cuaca di Taman Negara ini agak panas sikit.

Gunakanlah cuti sempena tahun baru cina untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim...Kalau nak ke Taman Negara ...konteklah saya.Insyalah.

Kepada kaki pancing...Sungai Tahan telah dibuka kepada pemancing...tetapi untuk aktiviti pancing dan lepas sahaja. Ikan tak boleh bawa balik. Untuk maklumat lanjut bacalah Majalah SIRIP bagi bulan Januari 2009.

Wassalam

Cara-menulis dalam Blog Peptej88

Terima kasih atas perhatianmu Mat Kudin. Kami amat mengalu-alukan rakan-rakan menulis dalam blog ini. Barulah meriah sikit. Sayapun kadang-kadang tak ada masa yang cukup untuk menulis di blog ini. Lagi ramai rakan jadi penulis lagi bagus.

Sila baca catatan di bawah sebagai panduan untuk menulis blog.

PANDUAN MENULIS BLOG

1. Klik Pada Sign In di sebelah kanan skrin ini.
2. Taipkan rakanpeptej88@gmail.com pada username.
3. Taipkan password : smjerantut88
4. Taip Tajuk dan publish post. Selamat mencuba.

Semoga bersama memeriahkan lagi blog ini.

Wassalam

dintahan @ cikgu kama

Jumaat, Januari 16, 2009

Foto sewaktu zaman persekolahan di SMJ

Kepada rakan-rakan yang masih menyimpan foto-foto lama semasa di sekolah , silalah scan ...nanti saya letakkan dalam foto web kita tu. saya punya album tak tahu kat mana dah...puas mencari. Dengar cerita kat Rosli ada gambar tu... sudikan diri mengepos dalam web foto...

dintahan

Mari Mengundi

Assalamualaikum...

silalah ke ruangan kaji selidik kat sebelah. Undilah kat mana kita nak buat Hari Keluarga peptej88. Ada empat pilihan tempat iaitu :-

i. Kawasan Pantai seperti Cherating
ii. Kawasan Tanah Tinggi seperti Cameron Highlands
iii. Kawasan Taman Tema seperti Genting / Tiara Beach Resort / Tasik Merah Lake Town
iv. Kawasan Hutan seperti Taman Negara

Maklumat dari ahli membolehkan kita merancang aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini. semoga aktiviti yang kita rancang akan berjaya dan mendapat sokongan daripada semua ahli.

Undian ini dibuka untuk tempoh dua bulan.

Wassalam

Isnin, Januari 05, 2009

Foto Reunion


Silalah lawati laman berikut :-

http://picasaweb.google.com/peptej88/ReUnion#

Sila tulis komen kat foto di ruangan yang disediakan....TQ

dintahan

Catatan Lalu

Blog Widget by LinkWithin