AJK PEPTEJ 88
Setiausaaha : En Noordin b Mohd Noor
Bendahari : En Nawawi b Sulaiman
AJK
Kamaruddin Abu Bakar
Mohd Rashid Abdul Malek
Abdul Karim Ahmad
Azizul Ali
Rosli Rashid
Mohamaddan Osman
Norafizah Abdul Razak
PAPAN KENYATAAN
Rabu, April 29, 2009
PAKEJ FAMILY DAY
PAKEJ 1.
Harga bilik : RM130 (Superior Chalet)
RM150 (Deluxe Chalet)
RM250 (Standard Suite)
RM280 (Standard Deluxe)
Sarapan RM12.00 / RM9.00 (Dewasa/Kanak2 4-12thn)
Tengahari RM22.00 / RM16.00
Mkn Malam RM22.00 / RM16.00
BBQ RM38.00 / RM28.00
Sukaneka RM10.00 / RM5.00 (5 permainan, minuman, PA Sistem)
Karaoke RM550-RM700 ( 8.00 - 11.30 mlm )
PAKEJ 2
RM128.00 seorang utk Penginapan 2 org sebilik, termasuk :
- 1 malam di bilik standard
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- 1 makan malam
- 7 jenis sukaneka (alatan, minuman & selenggara)
- kemudahan yg terdapat di resort.
PAKEJ 3
Bilik ( seperti di pakej 1 )
Makan RM68.00 / RM58.00 termasuk :
1 sarapan pagi
1 makan tengahari
1 makan malam
7 sukaneka(alatan, senggara & minuman)
kemudahan di resort
Sila beri pandangan dan cadangan. Sebut harga dari De Rhu akan menyusul nanti.
Ahad, April 19, 2009
Foward dari MD Kudin
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,
membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka
juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat... .
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious
jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu. Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian
alam'.
WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.
USTAZ ROSLI AL HAFIZ
Jumaat, April 17, 2009
Balasan Menuduh Wanita Muslimah
Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada di luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah. Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.
Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab), "Katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?" Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, "Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat..". Setelah hukuman itu djalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!